salji


Wednesday, 7 December 2011

cinta ?

As-Salam.
Kalau dok bercinta, memanglah yang paling diinginkan ialah kesetiaan. Setia itu perlu bagi hubungan itu kekal terjalin, dan diakhiri dengan sebuah ikatan pernikahan yang sah. Impian untuk ditautkan dalam hubungan, dalam istilah sebenar tentang berpasangan. Kalau tak setia, sukarlah nak mendapatkan apa yang diimpikan.

Saat yang paling sukar dalam bercinta, adalah apabila berada dalam kejauhan. Uhuk, masa inilah hubungan itu akan dilunturkan oleh masa yang berlalu dalam ruang sepi. Saat di mana bayang-bayang yang dicintai tidak berada di depan mata, saat di mana timbul keraguan dalam menilai betapa utuh dan kukuhnya cinta yang dipupuk.

Teringat satu lirik ini:
Please please please, Kamu jangan nakal, Ku pergi sebentar, Bukan untuk curang
Please please please, Kamu jangan nakal, Nanti aku datang, Bawa yang kau pesan

Hmm ... saat kerenggangan ini membuka peluang untuk curang - samada secara disedari mahupun tidak. Dan kerana keresahan ini, maka bermulalah episod di mana si dia mula membuatkan anda terasa terkongkong...

Bukan aku terlalu, Mengawal sikapmu, Ku hanya terlalu, Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih, Jagakan kamu, Ku cintamu, Kau cintaku

Tetapi itulah, segalanya ada dalam definasi kesetiaan dalam percintaan. Mungkin kerana mencari setia itu, cinta itu dikawal agar tidak berlaku curang. Mungkin dalam memelihara cinta itu, timbul rasa sangsi dan cemburu yang telah dimamah usia dalam waktu dan saat berjauhan.

No comments:


6ixth Sense-penerang Hati (ft Saujana) Mp3
Musicaddict.com
welcome

owner blog

owner blog

look my face =)

look my face =)

my vortex