salji


Wednesday, 7 December 2011


As-Salam.
Ya, saya sebagai lelaki sekali lagi mengakui, lelaki memang suka untuk berkahwin lebih dari satu, seandainya syaratnya mudah. Lelaki, seandainya dalam syarak dimudahkan untuk mereka berkahwin lebih, tentu ramai dah lelaki akan berkahwin lebih dari satu.

Tetapi, Islam itu adil. Ada syarat yang perlu dipatuhi demi menjaga hubungan perkahwinan yang sedia-ada. Cuma mereka yang tidak faham, akan melalak kata itu dan ini. Dan buat mereka terutama lelaki yang cuba ambil kesempatan kerana agama, oh anda sangat keji. Jangan gunakan agama hanya untuk memenuhkan tuntutan nafsu anda. Buat perempuan, yang sering persoalkan akan bolehnya lelaki berkahwin lebih, ini bukan hak istimewa yang diberikan kepada lelaki, tetapi lebih kepada cabaran buat lelaki untuk menjadi ketua serta pemimpin yang benar-benar layak.

Lelaki, buktikan dulu diri anda sebagai seorang muslim sejati, seandainya cuba untuk mendapatkan keistimewaan yang diberikan kepada anda. Tak mudah untuk memimpin, apatah lagi seandainya diri sendiri belum cukup dipimpin.

Wahai lelaki, lihat tiang agama yang sedang anda bina. Kukuhkah ia? Tegakkah ia di landasan yang tepat, betul dan mantap? Dan lihatlah binaan keperibadian anda, layakkah anda untuk memimpin lebih dari sebuah keluarga? Cukupkah kemampuan diri anda? Siapa pula yang layak berkata anda mampu melainkan oleh isteri anda yang sedia ada sendiri. Jika mereka sendiri tak rasa anda mampu, bagaimana anda nak mampukan bakal isteri anda yang lain?

Makanya, ia bukan mudah untuk lelaki berkahwin lebih dari satu. Tak perlu nak lihat akta itu akta ini dalam soal ini, cukuplah Al-Quran dan Sunnah Rasul menjadi panduan, kerana saya yakin, dua perkara yang ditinggalkan ini sudah cukup buat umat akhir zaman hidup bahagia, baik beristeri satu, dua ataupun empat.

Sekali lagi, lelaki - poligami bukanlah tuntutan nafsu, tetapi tuntutan agama. Dan buat perempuan, poligami itu bukan mengambil hak perempuan, tetapi ia menjaga hak anda sebagai perempuan.

No comments:


6ixth Sense-penerang Hati (ft Saujana) Mp3
Musicaddict.com
welcome

owner blog

owner blog

look my face =)

look my face =)

my vortex